Banner

Banner

Slider

Umum

Post Terakhir...

Recent Posts Widget

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.
✰ Komen berbentuk iklan akan dianggap spam
Notis : Kami telah membuka group "Telegram". Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini juga menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. 2 Pilihan iaitu >> DetikDaily < < atau >> MindaRakyat < <

Theme images by kelvinjay. Powered by Blogger.

Search This Blog

Video Semasa

Berita Terkini

Artikel

Lain-Lain Berita

Surat Pembaca

Ulasan/Komentar

Lensa

........................................

Telegram & Whatsapp

Sila klik untuk ikuti channel, group atau bot telegram kumpulan MindaRakyat...
TELEGRAM
Group Politik Iktibar & Pengajaran Group Santai Kuliah Online Nasyid Online Sudut Baccan Group Isu Kini Sudut Baccan Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Channel MR Group MR Bot TKO Channel TKO Group TKO Group Parlimen Dungun Guru Malaysia Guru Terengganu
WHATSAPP
Group Isu Kini Group Isu Kini

Kongsep Blog

Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Penafian

Apa yang tersiar didalam laman/blog ini adalah pendapat penulis/pengirim dan tidak semestinya mewakili pandangan dan pemdapat kami pengendali blog ini.Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa tulisan dan komen penulisa/pembaca. Semuanya adalah pandangan peribadi penulis/pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami pengendali blog ini.

© 2019 Hak Cipta Tak Terpelihara
» » UMNO .. Tinggalkan BN tu


Saya memang menunggu nunggu keputusan prk Semenyih untuk tulis tentang ini. Nampaknya kali kedua ph tersandar ke tali gelanggang hasil kerjasama dua parti Melayu - Islam ini. Nah, inilah hasilnya bila umat Islam bekerjasama walaupun belum lagi bersatu!.

Walaupun masih terlalu awal untuk bergembira menikmati buahnya, namun hasilnya sudah boleh dijangka jika kerjasama ini dipertingkatkan lagi sehingga menjelang pru15 mendatang. Kerajaan sepenggal boleh menjadi kenyataan, asal saja umno sedia memenggal fahaman kebangsaannya dan kembali kepada Islam sebenar.

Selama puluhan tahun umno bergayut pada undi orang orang kafir. Selama itu jugalah umno terpaksa lembik leher sehingga kehilangan banyak perkara. Luka yang paling dalam ialah berpecahnya bangsa Melayu kepada berbagai parti sehingga sangat sulit untuk dicantum kembali.

Umno meneriakkan 'Melayu' dengan meminggirkan bangsanya sendiri demi membeli hati dan jiwa bukan melayu. Umno merugikan umat Islam kerana faham asobiyyahnya. Islam tidak berdaulat.. sehingga ke hujung pemerentahannya pun masih gagal mengangkat hukum hukum syarak ke tempatnya yang sebenar.

Mahkamah Syariah di tempat tercorot dari semua mahkamah. Itupun umno pandang sebelah mata. Mereka tak ada hati untuk melihat MS memintas Mahkamah Syesen sekalipun. MP mereka tak mampu mengangkat tangan, walaupun sekadar bersetuju menggandakan jumlah denda ke atas pesalah syariah.

Bagi umno, tidak menjadi hal kalau denda membunuh kijang lebih berat dari denda kesalahan zina dll. Begitu hina dan rendahnya Islam dalam pandangan mereka. Kuasa mengaburi mereka. Tidak mengapa.. Melayu masih kuat, Islam masih berdaulat!.

Setiap kali kedudukan Islam yang lemah dan perlu diperkuatkan diutarakan, setiap kali itulah mereka tunduk kepada ugutan mca dan mic. Mereka lupa, kegagalan menunaikan amanah agama ini akhirnya akan menyebabkan kerajaan mereka dicabut ALLAH satu persatu.

Setelah runtuhannya dominasi umno melalui pru14.. barulah umno sedar, kesetiaan mereka selama ini tidak dihargai. Berduyun duyun parti komponen meninggalkan bn. Tinggallah mca dan mic yang masih malu malu seladang. Itupun dah ada cadangan dari akar umbinya supaya tinggalkan bn. 

Daripada 27% undi dalam pru14, merosot kepada 2% peratus undi.. Apakah maknanya semua ini?. Kalau umno cepat belajar.. tentu mereka faham bahawa selama ini, sokongan terhadap mereka hanya bermuka muka. Mereka dikhianati, semangat setiakawan mereka hanya kerana setiawang.

Hari ini, umno hampir tiada apa apa lagi yang menarik perhatian golongan setiawang tadi. Lihatlah peti undi.. bn yang diwakili umno kalah teruk di kawasan cina dan india. Undi melayu - Islam saja yang jadi penyelamat. Talian hayat umno selama ini sudah menjadi tali yang menjerut leher mereka!.

Sesetengah orang mungkin menafikan hakikat ini, takut digelar rasis. Tetapi lihatlah kenyataannya, siapakah yang lebih rasis?. Mereka sudah tunjukkan belang sebenar yang umno tak nampak selama ini. Walaupun ph/dap gagal teruk dalam menunaikan janji.. namun mereka tetap diundi.

Undi mereka kini sudah berasaskan kaum. Tak peduli bagaimana teruk pun prestasi mereka.. kaum dan bangsa tetap jadi keutamaan. Kerana mereka merasa sudah kuat, mereka tidak akan teragak agak. Mereka kelihatannya sudah nekad berpaling, tapi bagaimana pula umno?. Masih berkira kira?..

Sudah sudahlah umno. Tinggalkan sajalah rakan yang tak mau kongsi susah dan derita kamu tu. Mari bentuk gabungan kerjasama yang lebih mantap untuk Islam. Kamu pun dah tengok bagaimana kerusi kerusi yang selama ini terpaksa kamu serah kepada bukan Islam .. sudah kembali ke pangkuan melayu - Islam.

Tak perlu beli dan belai kami dengan nyanyian dan sorak sorai ucapan terima kasih. Pejuang Islam tulen tak perlukan itu semua. Sudah jadi kewajipan membantu sesama Islam , tiada apa yang hebatnya . Cukuplah jika kamu membela Islam, insyaallah PAS akan setia sampai hujung nyawa!.

KALAU KAMU IKHLAS , INSYAALLAH ALLAH AKAN BANTU,  JIKA TIDAK.. ALLAH PASTI MENJALANKAN HUKUMANNYA ATAS KAMU DI DUNIA DAN AKHIRAT.
📝


Ustaz Karim Sidek




DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply