Banner

Banner

Slider

Umum

Post Terakhir...

Recent Posts Widget

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.
✰ Komen berbentuk iklan akan dianggap spam
Notis : Kami telah membuka group "Telegram". Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini juga menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. 2 Pilihan iaitu >> DetikDaily < < atau >> MindaRakyat < <

Theme images by kelvinjay. Powered by Blogger.

Search This Blog

Video Semasa

Berita Terkini

Artikel

Lain-Lain Berita

Surat Pembaca

Ulasan/Komentar

Lensa

........................................

Telegram & Whatsapp

Sila klik untuk ikuti channel, group atau bot telegram kumpulan MindaRakyat...
TELEGRAM
Group Politik Iktibar & Pengajaran Group Santai Kuliah Online Nasyid Online Sudut Baccan Group Isu Kini Sudut Baccan Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Channel MR Group MR Bot TKO Channel TKO Group TKO Group Parlimen Dungun Guru Malaysia Guru Terengganu
WHATSAPP
Group Isu Kini Group Isu Kini

Kongsep Blog

Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Penafian

Apa yang tersiar didalam laman/blog ini adalah pendapat penulis/pengirim dan tidak semestinya mewakili pandangan dan pemdapat kami pengendali blog ini.Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa tulisan dan komen penulisa/pembaca. Semuanya adalah pandangan peribadi penulis/pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami pengendali blog ini.

© 2019 Hak Cipta Tak Terpelihara
» » Sila keluar, Umno ada PAS, Nazri bidas MCA, MIC


PETALING JAYA: Setiausaha Agung BN, Nazri Aziz menghentam MCA dan MIC yang menuduhnya melemahkan perpaduan kaum dalam gabungan itu, mengatakan kedua-dua parti itu dipersilakan keluar jika mahu.

“Dipersilakan keluar. Jangan cakap saja,” kata Nazri kepada FMT menjawab kenyatan bersama Presiden Wee Ka Siong dan SA Vigneswaran.

Terdahulu, Wee dan Vigneswaran berkata MCA dan MIC bernekad supaya satu “gabungan politik baru” dibentuk.

Nazri berkata Umno pun mahu membentuk gabungan politik baru bersama PAS.

 “Kami mahukan satu perikatan yang kekal bersama PAS untuk menghadapi PRU-15,” katanya.

Wee dan Vigneswaran hari ini menggesa majlis tertinggi BN segera bermesyuarat untuk membincangkan perkembangan politik semasa dan memutuskan masa depan mereka, susulan kenyataan Nazri.

MCA dan MIC mendakwa Nazri Aziz berkali-kali mengeluarkan kenyataan bernada perkauman yang mengguris hati penyokong-penyokong mereka, terutama kenyataan pada pilihan raya kecil Semenyih.

Nazri dilapor mempersoalkan pelantikan orang-orang bukan Melayu ke jawatan penting seperti peguam negara, ketua hakim negara dan menteri kewangan, dan memberi amaran kepada kepada orang bukan Melayu untuk tidak persoalkan hak-hak orang Melayu.

Beliau bagaimanapun membidas laporan sekitar ucapannya, mengatakan ia digunakan untuk memberi gambaran yang salah.

Nazri berkata dia hanya menceritakan sentimen di lapangan, dan meminta semua pihak menghormati hak-hak orang Melayu dan bukan Melayu.

Hari ini bekas menteri itu mengingatkan MCA dan MIC bahawa BN sudah menyaksikan 10 parti komponennya meninggalkan gabungan itu sejak kekalahannya pada pilihan raya umum lepas.

“10 parti itu pergi tanpa banyak cakap. MCA dan MIC hanya cakap kosong,” tambahnya.

Nazri berkata dia juga sudah membuat penjelasan mengenai ucapannya yang didakwa berbaur perkauman.

“Wee atau Vigneswaran sama ada buta atau pekak kerana saya sudah membuat penafian,” katanya.

Nazri sempat membidas kedua-dua parti itu, mengatakan MCA dan MIC tidak lagi mendapat sokongan komuniti masing-masing.

“Hakikatnya hanya DAP dan PKR boleh bersuara mewakili komuniti-komuniti itu kerana jelas sekali selepas PRU-14, suara orang Cina diwakili DAP dan suara orang India diwakili PKR dan DAP,” katanya.

“MCA dan MIC hanya ada 1 kerusi dan kedua-dua kerusi di di kawasan majoriti Melayu,” tambahnya.

Nazri juga menepis dakwaan MCA dan MIC mengatakan pelantikannya ke jawatan setiausaha agung BN adalah “tidak sah”.

“Kuasa melantik setiausaha agung diberi pada pengerusi BN, bukan MCA atau MIC,” katanya.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply