Banner

Banner

Slider

Umum

Post Terakhir...

Recent Posts Widget

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.
✰ Komen berbentuk iklan akan dianggap spam
Notis : Kami telah membuka group "Telegram". Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini juga menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. 2 Pilihan iaitu >> DetikDaily < < atau >> MindaRakyat < <

Theme images by kelvinjay. Powered by Blogger.

Search This Blog

Video Semasa

Berita Terkini

Artikel

Lain-Lain Berita

Surat Pembaca

Ulasan/Komentar

Lensa

........................................

Telegram & Whatsapp

Sila klik untuk ikuti channel, group atau bot telegram kumpulan MindaRakyat...
TELEGRAM
Group Politik Iktibar & Pengajaran Group Santai Kuliah Online Nasyid Online Sudut Baccan Group Isu Kini Sudut Baccan Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Channel MR Group MR Bot TKO Channel TKO Group TKO Group Parlimen Dungun Guru Malaysia Guru Terengganu
WHATSAPP
Group Isu Kini Group Isu Kini

Kongsep Blog

Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Penafian

Apa yang tersiar didalam laman/blog ini adalah pendapat penulis/pengirim dan tidak semestinya mewakili pandangan dan pemdapat kami pengendali blog ini.Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa tulisan dan komen penulisa/pembaca. Semuanya adalah pandangan peribadi penulis/pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami pengendali blog ini.

© 2019 Hak Cipta Tak Terpelihara
» » Gesaan laksana agenda Melayu pandangan peribadi Azmin, kata Anwar


KUALA LUMPUR: Presiden PKR Anwar Ibrahim menjarakkan diri daripada gesaan timbalannya, Azmin Ali yang mahu kerajaan melaksanakan dasar-dasar pro-Melayu dan Bumiputera jika mahu mendapatkan semula keyakinan komuniti itu.

Perdana menteri menanti itu berkata partinya komited pada dasar yang membantu orang-orang Melayu dan juga orang-orang miskin daripada komuniti lain.

“Itu pandangan peribadinya,” kata Anwar kepada pemberita selepas pelancaran inisiatif Digital Native Agenda (DNA23) di ibu pejabat Astro hari ini.

“Manifesto Pakatan Harapan tidak ketepikan orang Melayu dan Bumiputera, tetapi menyeru pendekatan yang telus dan bukan perkauman, dengan agenda untuk membantu orang miskin dan golongan terpinggir. Orang Melayu adalah majoriti tetapi pendekatannya bukan perkauman,” katanya.

Semalam, Azmin ketika mengulas kekalahan PH pada pilihan raya kecil Semenyih pada Sabtu berkata gabungan itu harus menggiatkan usaha melaksana perubahan dan menjadi parti pilihan orang Melayu, serta meneruskan agenda Bumiputera.

“Kita harus berani melaksanakan janji-janji khususnya kepada masyarakat Melayu dan bumiputera yang merupakan bahagian integral agenda nasional dan kita akan melaksanakannya tanpa rasa apologetik atau bimbang terhadap kritikan luar,” kata menteri hal ehwal ekonomi itu menurut laporan Bernama.

Calon BN, Zakaria Hanafi menang DUN Semenyih dengan majoriti 1,914 undi, meraih 19,780 undi berbanding calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang meraih 17,866 undi.

Kemenangan tersebut merupakan kemenangan kedua gabungan tersebut dalam pilihan raya kecil selepas hilang kuasa tahun lepas.

Diminta mengulas kekalahan itu, Anwar hari ini mengakui PH perlu melipat gandakan usahanya termasuk berhubungan dengan orang ramai.

“Tetapi saya rasa ia bukan mengenai berpatah balik dan memungkiri janji-janji melaksanakan dasar-dasar yang telus untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Sementara itu, Anwar tidak bimbang dengan rancangan PAS dan Umno menggunakan lambang bersama.

Tetapi Ahli Parlimen Port Dickson itu mengingatkan parti Islam itu supaya jangan tidak mengendahkan rasuah dan salahguna kuasa besar-besaran pentadbiran lepas.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Umno dan PAS mungkin akan meneruskan kerjasama susulan kemenangan BN pada PRK Semenyih dan Cameron Highlands.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply